mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN-MOHAMMAD FAHMI

USAHAWAN KECIL MENJUAL TAKOYAKI

Nama : Mohammad Fahmi Bin Mad Rosli
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Fahmi telah menerima tempahan menjual bahan mentah secara kecil-kecilan disekitar pekan pagoh.Mula menerima tempahan sejak 5 tahun yang lalu.Bahan mentah tersebut dihantar di kedai-kedai kecil di Pekan Pagoh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Fahmi merupakan usahawan kecil yang hanya menjual makanan Jepun kepada pelanggan beliau.Mula menjual takoyaki beliau sejak 5 tahun yang lalu.Encik Fahmi telah menerima tempahan menjual takoyaki secara kecil-kecilan disekitar pekan pagoh. Takoyki tersebut dihantar di setiap tempahan yang di terima di Pekan Pagoh.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM600 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Pagoh Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial seperti facebook dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Pagoh Jaya beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun sudah menyewa sebuah kedai.Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pagoh Jaya .Beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan khidmat tempahan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh daerah Muar yang mana mereka mengetahui penjualan takoyaki beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000 sebulan.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Encik Fahmi tetap berkunjung ke PI Pagoh Jaya bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi.