Jambatan yang menghubungkan Tanjung Agas dan Bandar Maharani Muar ini mula dibuka untuk kegunaan orang awam pada 1967.Dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur, jambatan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan untuk memancing. Kepada pengunjung, anda boleh menyewa basikal jika anda menginap di sekitar bandar dan mengayuh melalui jambatan ini untuk menghirup udara segar di bandar Muar.