USAHAWAN KECIL MENJUAL PAKAIAN TERKINI
| Nama | : Balqies Danial |
| Umur | : 34 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Usahawan sepenuh masa menjual pelbagai jenis pakaian terkini.Memberi layanan kepada pelanggan apabila pelanggan beliau apabila pelanggan berminat untuk membeli pakain yang dijual beliau.Puan Balqis telah berniaga secara secara kecil-kecilan disekitar kg semeriut dan mula mendapat sambutan sejak 1tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Balqies merupakan usahawan kecil yang hanya menjual pakaian terkini kepada pelanggan beliau.Mula menjual pakaian beliau sejak 1 tahun yang lalu.Puan Balqies telah menerima tempahan menjualpakaian secara kecil-kecilan disekitar pekan pagoh. Pakain tersebut dihantar di setiap tempahan yang di terima di Pekan Pagoh.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Pagoh Jaya .Beliau kini telah memiliki facebook dan MYSHOP sendiri yang mendapat lebih ramai pelanggan. Pelanggan beliau dari seluruh malaysia yang mana mereka mengetahui pakaian yang dijual beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700 sebulan.Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Pagoh Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial seperti facebook dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik.Pelanggan beliau dari seluruh daerah Muar yang mana mereka mengetahui penjualan pakaian beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000 sebulan.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Balqies tetap berkunjung ke PI Pagoh Jaya bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi.