mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK

Antara tarikan unik lain di Muar ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam ini yang terletak dekat dengan Pekan Parit Jawa, merupakan sebuah kolam air panas semula jadi. Kolam ini bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan para pengunjungnya.Akses percuma diberikan kepada para pengunjung tempatan mahupun luar. Persekitaran bersih yang dijaga dengan rapi dan perkhidmatan awam yang disediakan menjadikan kolam ini kawasan yang padat dan penuh dengan orang ramai pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.