ROTI 2U

Makanan | 21 October 2021

Teringin nak ke Turki tapi hajat masih tak kesampaian? Boleh pejamkan mata sambil makan Roti Bazlama, roti dengan resepi yang berasal daripada perkampungan Turki di kedai Roti2U yang terletak di Muar dan juga Batu Pahat, Johor.Roti ini telah diolah sedikit supaya sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia, menjadikannya lebih empuk dan lembut, sekali cuba sahaja, terus jatuh cinta. Apatah lagi bila dimakan dengan topping cheese dan dicicah dengan kuah kari atau rendang yang pekat dan likat, sampai termimpi-mimpi dapat dirasa kesedapannya.