GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR
Jawatankuasa (AJK) Belia Kg Raja, telah mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran Tanah Perkuburan Orang Islam Kg Raja.Ketua Imam Masjid Kg Raja yang mengetuai kempen berkenaan melahirkan penghargaan kepada semua ahli dan penduduk yang berganding bahu melakukan aktiviti yang sangat berfaedah itu.Aktiviti yang diadakan ini merupakan program AJK takmir masjid ini bagi menyumbang bakti bagi kemakmuran kampung. Ia juga sebagai langkah mengeratkan lagi hubungan AJK dengan penduduk kampung untuk sama-sama berganding bahu dan persefahaman dalam melaksanakan apa jua perkara.