Muar, salah satu daerah di dalam negeri Johor Darul Takzim (JDT) kaya dengan keunikan tersendiri. Setelah diisytihar sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012, Muar masih mengekalkan sejarah berharga yang layak dikunjungi semula. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Muar ini. Antaranya ialah Taman Tanjung Emas Sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar, pengunjung yang dapat menikmati pemandangan laut Selat Melaka. Replika durian gergasi (replika kebiasaan di sekitar bandar utama di negeri Johor) akan menyambut para pengunjung apabila mereka tiba di taman tersebut.Pengunjung juga dapat melakukan aktiviti riadah apabila datang ke sini kerana pelbagai peralatan riadah disediakan di samping kemudahan awam yang lain. Persekitaran taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang.