USAHAWAN KECIL MENJAHIT BAJU
| Nama | : Puan Rasimah |
| Umur | : 40 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Rasimah usahawan kecil menjahit baju di daerah Jorak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rasimah merupakan usahawan kecil yang hanya menjahit di rumah sahaja.Mula menjahit dan menerima tempahan sejak 5 tahun yang lalu. Produk yang dihasilkan akan dipamerkan didalam rumah beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Pagoh Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Pagoh Jaya beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas dan kini sudah menyewa sebuah kedai.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Rasimah tetap berkunjung ke PI Pagoh Jaya bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi.