mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT-RABIATUL ADAWIYAH

BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER DAN MENAIP

Nama : Rabiatul Adawiyah
Umur : 14 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Rabiatul adalah pengunjung yang sering membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru beliau. Beliau yang sering kali sibuk mencari bahan  daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di rumah apabila pulang dari sekolah. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke PI Pagoh Jaya bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Cik Rabiatul tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.Selain daripada itu juga dia tidak dapat mengenali perkakasan komputer yang terdapat di komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Cik Rabiatul telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI dan dapat menggunakan aplikasi yang terdapat di komputer.