Bukit Mor di sini, didakwa menyimpan kisah misteri mengenai “batu belah batu bertangkup” dan kisah Si Tanggang derhaka yang pernah difilemkan sebelum ini.Tidak ada sesiapa yang pernah menyingkap kebenaran cerita rakyat itu tetapi penduduk asal kampung berkenaan mengakui pernah mendengar kisahnya daripada orang terdahulu.Penduduk asal Kampung Bukit Mor, Md Noah Shariff, 65, mendakwa kisah batu belah itu diceritakan oleh neneknya dan ramai penduduk asal kawasan berkenaan mengetahui tetapi sejauh mana kebenaran masih menjadi tanda tanya.
