KESIHATAN

Kesihatan | 27 November 2014

 

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. Klinik ini berada berdekatan dengan Balai Polis Pagoh.

JADUAL

 

DSC 0035

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah menggantikan hospital yang terawal dibina di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang pertama di Johor Bahru telah dibina dalam tahun 1882. Hospital ini telah didirikan dikaki sebuah bukit berhampiran dengan asrama jururawat yang ada pada masa ini. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru merupakan sebuah institusi perubatan yang awal dan moden yang wujud di Negeri Johor. Ia juga merupakan salah sebuah institusi sosial yang terpenting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan terhadap masyarakat. Kesan dari keadaan kesihatan masyarakat yang semakin meruncing serta perkembangan bandar Johor Bahru, sebuah hospital yang moden telah dibina pada 1938.Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru terletak di kawasan berbukit dan mengadap ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini adalah 98.6 ekar. Pada peringkat awal ia dikenali sebagai General Hospital Johor Bahru.Kedudukan hospital ini adalah sejauh dua kilometer dari bandar Johor Bahru. Terletak di Jalan Skudai dan berhampiran Selat Tebrau dan berhadapan dengan Singapura.

Capture1