Sejarah

Maklumat Setempat | 17 May 2016

PAGOH

Pagoh yang bermaksud ‘bagus’ mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato’ Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707.Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.Pagoh merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

 
Sumber Maklumat:
http://pagohp143.blogspot.sg/2013/04/pagoh-sejarah.html
 
 
 
MUAR

 PAGOH3

Daerah Muar terletak di barat laut negeri JohorMalaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerahSegamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar.

 
 
Sumber Maklumat:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muar