PAGOH

Sejarah | 29 December 2016

 

Pagoh yang bermaksud ‘bagus’ mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato’ Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707.Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.Pagoh merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

 

Sumber Maklumat:
http://pagohp143.blogspot.sg/2013/04/pagoh-sejarah.html