Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya

Maklumat Pi1M | 27 November 2014

SELAMAT DATANG KE PEDi PAGOH JAYA

 

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya terletak di Lot 20 Jalan Jaya 1/5B Taman Pagoh Jaya 84600 Muar, Johor. Terletak 19.2 kilometer dari bandar Muar, Johor Darul Ta’zim. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya mempunyai 20 buah Komputer dan mempunyai 2 orang petugas yang bertugas iaitu Muhammad Haziq Bin Fuad sebagai Pengurus dan Puan Liley Marlina Binti Abd Rahim sebagai Penolong Pengurus.

 

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, seperti mencetak (printing), pengimbas(scanning),fotostat(photostate),laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone). Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran) dan sebagainya.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

 Antara objektif PEDi adalah seperti berikut:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pagoh Jaya.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  •       Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
  •       Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar.
  •       Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian.
  •       Perkhidmatan pencetak.
  •       Laminate                     
  •       Binding
  •       Program latihan ICT dan pembangunan modal insan
  •       Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus.

 

JUMLAH KEAHLIAN

 

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

   

   

   AHLI LAMA                                                                  526

 

   

   KESELURUHAN AHLI PADA OGOS 2023                     943

 

 

KENALI PETUGAS

Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya , kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pagoh Jaya Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 

 

 

PENGURUS 

NAMA:MUHAMMAD HAZIQ BIN FUAD

MULA BERKHIDMAT: JUN 2023

 
PENOLONG PEGURUS
 
NAMA: LILEY MARLINA BINTI ABD RAHIM
 
MULA BERKHIDMAT: MAC 2016