Pusat Transformasi Luar Bandar merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di sini.KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.