USAHAWAN : SALISA BINTI SULAIMAN

Kisah Kejayaan | 20 April 2026
NAMASALISA BINTI SULAIMAN
UMUR 46 TAHUN
AHLI2024

KISAH KEJAYAAN

Latar Belakang

Puan Salisa binti Sulaiman merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang menjual pelbagai jenis makanan panas dan sejuk seperti makanan western. Beliau sentiasa memberikan layanan yang baik kepada pelanggan, terutamanya apabila pelanggan menunjukkan minat terhadap makanan yang ditawarkan. Perniagaan beliau bermula secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Semeriut dan mula mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak setahun yang lalu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum ini, Puan Salisa merupakan usahawan kecil yang hanya menjual makanan kepada pelanggan di kawasan setempat. Beliau mula berniaga sejak setahun lalu dan menerima tempahan secara kecil-kecilan di sekitar Pekan Pagoh. Setiap tempahan akan disediakan dan dihantar terus kepada pelanggan di kawasan tersebut.

Namun begitu, pendapatan bulanan beliau agak rendah, iaitu sekitar RM100 hingga RM200 sahaja sebulan, disebabkan pemasaran yang terhad serta kurang penggunaan teknologi digital.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Pagoh Jaya, Puan Salisa kini telah memiliki akaun Facebook dan TikTok yang berjaya menarik lebih ramai pelanggan.

Kini, pelanggan beliau bukan sahaja dari kawasan sekitar, malah dari seluruh Malaysia yang mengetahui perniagaan beliau melalui platform dalam talian tersebut. Pendapatan bulanan beliau turut meningkat kepada sekitar RM500 hingga RM700 sebulan, dan seterusnya meningkat lagi sehingga RM1000 hingga RM2000 sebulan.

Beliau juga semakin peka terhadap kaedah pemasaran semasa dan telah mempelajari teknik pemasaran digital seperti pengiklanan melalui media sosial dan platform e-dagang. Medium-medium ini menjadi rujukan utama pelanggan untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.

Selain itu, pengiklanan beliau kini mendapat perhatian yang lebih tinggi dengan kos yang lebih rendah berbanding kaedah tradisional.

Puan Salisa juga telah menyertai aktiviti Mahir Masak di NADI Pagoh Jaya. Selain itu, beliau turut mengikuti kelas keusahawanan seperti Preneur Class dan Empower Class yang memberi pendedahan dalam aspek pemasaran dan kewangan bagi membantu mengembangkan lagi perniagaannya.